Tuesday
15/11/16
Lama nak cerita pasal kampung Guadeloupe ni, tapi tak sempat2 sbb dok pegi pantai kan lol. Basically sini, sama je macam malaysia. Yg lainnye, sini org itam, diaorg ckp french n creole, food pun lain, Tanah, paya bakau, pantai, cuaca semua sama. So takde la meroyan sgt rindu kat kg, kak ton rindu kat Pavilion, KLCC, Sephora ngan mak n abah je.
Gambar2 ni kak ton amik masa dlm kete nk pi pantai, kebetulan haritu jem sbb ada kerja2 buat jalan, So sempat la snap. Area kak ton duduk tu mcm pekan sket, mcm kat ferringhi gitu, so tak byk umah yg nmpak kampung tp takde la high rise or building cantik2 pun. Kira upgrade sket la dr yg betul2 kampung ni.
Tapi jgn tertipu, umah org sini besar2, mcm umah kampung kita jugak. Yg dok pekan mcm biasa umah sekangkang kera. Kadang2 tu umah tah ceruk mana, atas bukit yg takde org lalu pun. Tapi skali masuk ada seaview gitu.
dpt bayang tak nyamuk banyak mana?
pokok sukun aka pain de sucre
mcm umah kat malaysia je kan
Haritu masa kat Marie Galante rumah org yg kitaorg dok tu buat jem, mcm2 jenis la. Ada belimbing, jambu, etc tp yg paling pelik dia buat adalah jem buah sukun, kak ton tak lalu nk makan, pelik sgt rs dia. Kak ton Ingat nk buat sukun goreng, tp seumur hidup tak pernah plak bersihkan sukun, Laki plak siap komplen dia tak pernah makan sukun, sapa tau camne nak buat?
Sini pisang pun bersepah, diaorg tanam pisang besar-besaran pastu export. Tapi pisang dia yg besar2 tu, xtau pisang apa. Kalau nasib baik jumpa la pisang emas dibawa belayar. Kat pasar ada jugak dia jual kerepek pisang, tp tebal2 tak mcm kita, so jenuh la nk kunyah, maklumla gigi dh tua. Kak ton suka mkn pisang sampai laki cakap kak ton monyet, jilake betul. Paling favorite masak ngan butter pastu drizzle ngan caramel, pergh sedap.
Gambar bawah ni gambar kubur hokey. Sini kubur dia lebey kurang jerat cina jugak. Diaorg buat mcm rumah gitu and mostly kubur2 diaorg ni tepi pantai, some even ada seaview. Tak tau la kenapa kubur kena buat tepi pantai. Tp xde la rs takut kan sbb kalau diaorg jd hantu pun itam, tak nampak kot malam. hahhahahah
Haritu sblm hallowen, 29hb Oct kot tiap thn public holday kat france ni. Diaorg panggil "Day of the dead" kot. Tiap thn pada tarikh ni org semua pegi bersihkan kubur, letak bunga plastic, sembahyang gak kot..tak tau la. Kitaorg lalu2 depan kubur nk pegi pantai tu nampak la, tapi takde apa yg special.
Masa dkt St. Anne kitaorg ada pegi dia punye market, hari2 kot ada market ni. Market ni utk tourist sbb dia takde la jual sayur ke ikan kat sini. Buah ada jual sbb tropical fruits kan, mainland french ada yg tak pernah makan, so good business la.
Org Creole ni makan pedas mcm kita jugak, masak pakai spices semua so bila org mainland dtg, sini kira mcm exotic la. Diaorg mana reti masak pakai spices ni semua. So kak ton dok sini, segala rempah ratus takde masalah, semua jumpa, senang nak masak.
Mcm dkt sabah jugak, sini banyak la souvenir made by wood. Tapi....kualiti tak bagus. Nak beli pun rs mcm membazir je, dh la mahal. Kak ton tak minat sgt sbb mcm tak menarik pun nk beli
Vanilla pod kat sini murah, murah la dr beli kat supermarket sbb local made, tak import dr mana2. Yg penting fresh & senang dpt. Tapi boleh beli kat pasar malam je, so far kak ton tak beli lg sbb tak buat kek ke apa, brg semua dlm kontena lagi.
Ha, yg ni nama dia sorbet aka ice cream (ehhh betul ke eskrem bahasa melayu?). Ni homemade mcm ice cream goyang tu, dia letak bahan kat dlm n keliling ice. pastu dia pusing2 bg ice cream tu pekat. Ni favorite kitaorg ni, kalau pegi St. Anne mesti makan chichi ngan sorbet coco (ice cream kelapa). Sorbet ni kalau cup kecik EU2, ada sizes ok..EU3 ngan 5. Tapi biasa yg cup kecik cukup dah.
Yg ni chichi aka churros, so far kitaorg dh pegi merata pantai tp pantai kat St. Anne ni je ada jual chichi petang2 in the weekend. Diaorg jual 9 batang ngan nutella dlm EU3. Sbb chichi ngan sorbet ni la kitaorg gigih pegi St. Anne every weekend.
Haritu kitaorg beli sarong tu utk pi pantai, sini ok gak la harga dia, diaorg jual EU13 satu. Kalau tempat lain, mau dlm EU20-25. Yg kelakarnye, skali tgk tag, made in indonesia. Sini kalau made in france mau EU100 jual, manpower mahal.
Nampak beg ni baru teringat nk kena beli beg utk pi pantai. Tote beg kak ton naik koyak dah nico dok perosok masuk segala barang. Rasanye mcm tak mahal, maybe dlm EU20-30 satu, yg ni beg anyam. Kalau baju tu tak yah beli la, balik karang pegi thailand beli lg bagus.
Basically semua org jual benda yg sama, kedai jual sarong ni bersepah. Pastu kedai jual spices n souvenir.
No comments:
Post a Comment