Translate

Showing posts with label Cerita Cinte. Show all posts
Showing posts with label Cerita Cinte. Show all posts

Thursday, November 24, 2016

Hari ini dlm sejarah

Tuesday 
24/11/16

Kak ton punya level excited sampai kena tulis dlm blog. Kesahnye camni, pagini kak ton bgn awal sbb ada test ngan interview dkt OFII utk visa & immigration (camne tulis dlm bahasa melayu ek? imigresen?). Biasa office hour kak ton start kol 9, tu pun paling awal, pagini laki kejut kol 6.30 sbb tau bini dia bersiap lama. So sampai OFII punya la mamai. Batch yg interview harini ada dlm 10 org je.

Sampai sana kol 8, org tu bgtau kena amik test utk tau level. Test dlm 20min gitu, ada bape soalan tah tadi. Dia suh isi tempat kosong, buat short letter, etc. Soklan senang la sbb ingat dia nk suh conjugate verbs ke apa...punya la nervous masa memula sampai. 

Lps dh submit kertas soalan, dia panggil sorang2 and explain. Isi info dlm system jugak. Masa tgk turn org ingatkan dia interview tgk kita tau cakap ke apa, ye la dlm surat kata ada interview, rupanye tanya2 soalan utk dia isi dlm system je. Dh la nico takde masa tu, penat je cuak. 

Last2 org tu bgtau hari isnin ngan selasa ni kena attend kelas blaja law, history of france etc and kak ton tak yah amik french class yg beratus hours tu....LEGA BAK HANG! Awal2 plan nk merayu mintak 100hr je kalau dia suh amik 200. Tak mampu kot nk hadam kalau hari2 mengadap french, sakit otak. Kalau senang xpe.

So lepas ni boleh la kak ton blaja ikut kemampuan sendiri and tak yah laki susah2 nk pikir camne nk anta bini dia pegi kelas semingu skali. Habis kelas 8 jam next week tu, kira kes kak ton settle dah, 2 bln sblm visa mati kena pegi tukar visa baru, dia bg kad katanye. Alhamdulillah.

Wednesday, November 16, 2016

Kenali Kg Guadeloupe

Tuesday
15/11/16

Lama nak cerita pasal kampung Guadeloupe ni, tapi tak sempat2 sbb dok pegi pantai kan lol. Basically sini, sama je macam malaysia. Yg lainnye, sini org itam, diaorg ckp french n creole, food pun lain, Tanah, paya bakau, pantai, cuaca semua sama. So takde la meroyan sgt rindu kat kg, kak ton rindu kat Pavilion, KLCC, Sephora ngan mak n abah je. 

Gambar2 ni kak ton amik masa dlm kete nk pi pantai, kebetulan haritu jem sbb ada kerja2 buat jalan, So sempat la snap. Area kak ton duduk tu mcm pekan sket, mcm kat ferringhi gitu, so tak byk umah yg nmpak kampung tp takde la high rise or building cantik2 pun. Kira upgrade sket la dr yg betul2 kampung ni. 

Tapi jgn tertipu, umah org sini besar2, mcm umah kampung kita jugak. Yg dok pekan mcm biasa umah sekangkang kera. Kadang2 tu umah tah ceruk mana, atas bukit yg takde org lalu pun. Tapi skali masuk ada seaview gitu. 

dpt bayang tak nyamuk banyak mana?

pokok sukun aka pain de sucre



mcm umah kat malaysia je kan



Haritu masa kat Marie Galante rumah org yg kitaorg dok tu buat jem, mcm2 jenis la. Ada belimbing, jambu, etc tp yg paling pelik dia buat adalah jem buah sukun, kak ton tak lalu nk makan, pelik sgt rs dia. Kak ton Ingat nk buat sukun goreng, tp seumur hidup tak pernah plak bersihkan sukun, Laki plak siap komplen dia tak pernah makan sukun, sapa tau camne nak buat?

Sini pisang pun bersepah, diaorg tanam pisang besar-besaran pastu export. Tapi pisang dia yg besar2 tu, xtau pisang apa. Kalau nasib baik jumpa la pisang emas dibawa belayar. Kat pasar ada jugak dia jual kerepek pisang, tp tebal2 tak mcm kita, so jenuh la nk kunyah, maklumla gigi dh tua. Kak ton suka mkn pisang sampai laki cakap kak ton monyet, jilake betul. Paling favorite masak ngan butter pastu drizzle ngan caramel, pergh sedap. 

Gambar bawah ni gambar kubur hokey. Sini kubur dia lebey kurang jerat cina jugak. Diaorg buat mcm rumah gitu and mostly kubur2 diaorg ni tepi pantai, some even ada seaview. Tak tau la kenapa kubur kena buat tepi pantai. Tp xde la rs takut kan sbb kalau diaorg jd hantu pun itam, tak nampak kot malam. hahhahahah 



Haritu sblm hallowen, 29hb Oct kot tiap thn public holday kat france ni. Diaorg panggil "Day of the dead" kot. Tiap thn pada tarikh ni org semua pegi bersihkan kubur, letak bunga plastic, sembahyang gak kot..tak tau la. Kitaorg lalu2 depan kubur nk pegi pantai tu nampak la, tapi takde apa yg special. 

Masa dkt St. Anne kitaorg ada pegi dia punye market, hari2 kot ada market ni. Market ni utk tourist sbb dia takde la jual sayur ke ikan kat sini. Buah ada jual sbb tropical fruits kan, mainland french ada yg tak pernah makan, so good business la. 

Org Creole ni makan pedas mcm kita jugak, masak pakai spices semua so bila org mainland dtg, sini kira mcm exotic la. Diaorg mana reti masak pakai spices ni semua. So kak ton dok sini, segala rempah ratus takde masalah, semua jumpa, senang nak masak. 


Mcm dkt sabah jugak, sini banyak la souvenir made by wood. Tapi....kualiti tak bagus. Nak beli pun rs mcm membazir je, dh la mahal. Kak ton tak minat sgt sbb mcm tak menarik pun nk beli


Vanilla pod kat sini murah, murah la dr beli kat supermarket sbb local made, tak import dr mana2. Yg penting fresh & senang dpt. Tapi boleh beli kat pasar malam je, so far kak ton tak beli lg sbb tak buat kek ke apa, brg semua dlm kontena lagi. 





Ha, yg ni nama dia sorbet aka ice cream (ehhh betul ke eskrem bahasa melayu?). Ni homemade mcm ice cream goyang tu, dia letak bahan kat dlm n keliling ice. pastu dia pusing2 bg ice cream tu pekat. Ni favorite kitaorg ni, kalau pegi St. Anne mesti makan chichi ngan sorbet coco (ice cream kelapa). Sorbet ni kalau cup kecik EU2, ada sizes ok..EU3 ngan 5. Tapi biasa yg cup kecik cukup dah. 



Yg ni chichi aka churros, so far kitaorg dh pegi merata pantai tp pantai kat St. Anne ni je ada jual chichi petang2 in the weekend. Diaorg jual 9 batang ngan nutella dlm EU3. Sbb chichi ngan sorbet ni la kitaorg gigih pegi St. Anne every weekend. 



Haritu kitaorg beli sarong tu utk pi pantai, sini ok gak la harga dia, diaorg jual EU13 satu. Kalau tempat lain, mau dlm EU20-25. Yg kelakarnye, skali tgk tag, made in indonesia. Sini kalau made in france mau EU100 jual, manpower mahal.


Nampak beg ni baru teringat nk kena beli beg utk pi pantai. Tote beg kak ton naik koyak dah nico dok perosok masuk segala barang. Rasanye mcm tak mahal, maybe dlm EU20-30 satu, yg ni beg anyam. Kalau baju tu tak yah beli la, balik karang pegi thailand beli lg bagus.


Basically semua org jual benda yg sama, kedai jual sarong ni bersepah. Pastu kedai jual spices n souvenir.







Tuesday, September 13, 2016

Pasaq Malam Kg. Gosier

Friday 
09/09/16

Kat Guadeloupe ni ada 2 pasaq malam, satu kat kg. Santan (french pronountiation) aka St.Anne & satu lagi kat kg. Gosier. Kg Gosier ni tempat kak ton n abg ton berangan nk dok thn dpn. Haritu carik rumah yg senonoh area tu tak dak. kalau ada pun mahai. Tu yg jdnye dok kg. Lamentin ni. 

Pasaq malam sini tutup kol 10 mlm, kg. santan tutup awai, kol 8 tutup dh. Dah la jauh nak pi sana, dlm 40min macamtu, dh tu Nico balik tak tentu masa, kadang 6 kadang 6.30. so terkejar2, tak sempat nk kesana. Kg. Gosier ni xjauh sgt, less than 30min je camtu.

Pasar malam sini lebih kurang tp byk yg kurang la dr lebih kalau compare dgn pasar malam dkt malaysia. Diaorg jual sayur, food dgn seafood jugak. Tp boleh kira la brape gerai je ada, rsnye bukak utk tourist kot  sbb local mcm xjakun je nk pi.

(ha yg ni tourist la ni, french mainland)

Tapi yg kesiannye, french tourist kedekut. Diaorg ni kalau pegi travel haram tak beli apa. Kalau dh teringin sgt nk rs buah-buahan ke apa baru la dia ambik sebijik dua. Memula kak ton tak perasan, masa tu kitaorg kat mainland France gi jalan2. Aku ni nafsu shopping mcm syaiton kan, semua nk, pastu laki aku cakap ko try tgk matsalleh, diaorg pegi jalan je n masuk cuci mata, tak beli apa pun sbb mahal. Ke taktik laki aku xbg beli sbb dia pun kedekut? hahahah


(jual roti-rotian)

(jual beg mcm african design tu)

Anyway, buah kat sini semua sama je kot mcm kat Malaysia, ciku pun ade hokey...ingat nak ambik tp yg dia jual tu keras kejung lg. Gerai tak banyak, ada less than 30 gerai je kot, kuew teow, mee goreng, satay, ayam goreng uncle bob mmg tak de la...jap, telan liur. 


Spices diaorg fames jugak kat sini sbb african kan, diaorg makan pedas jugak. So kak ton beli jintan putih dgn jintan manis. Satu bekas kecik 3euro = rm12. Gile mahal, kalau tau aku beli kat carrefour. Sini boleh dpt gak fresh vanilla pod, dia jual 5euro kot paling sket. Tapi disebabkan brg nk buat kek semua dlm kontena kat kg Nico, tak yah la gedik nk bakar kek berbagai. 


Kat Guadeloupe ni famous dgn Rhum n fruit punch, of cos la alcoholic drinks and yg kat pasar camni homemade. Botol kecik tu dlm 5euro kot satu. Aku ni dh alang2 play tourist aku tanya la semua kan hahahah. 

(gerai sayur n buah)

(boucherie jual daging)

Yg tak bestnye, walaupun cuaca macam malaysia, kat sini payah nak jumpa leafty green. Sayur hijau yg jumpa pun bayam. Kacang panjang, buncis, kangkung, cauliflower, brocolli etc so far tak jumpa lagi. Kalau ada pun kat carrefour tu pun mcm hidup segan mati tak mau. Salad tu banyak ada sbb diaorg ni tak reti nk gunakan sumber alam macam kita kot. Tp apa pun kak ton tak nak complaint banyak sbb kalau dok kat mainland france, sayur dalam tin hokey. Fresh vege sgt mahal n kalau nk ada pun time summer. Time musim sejuk tu makan la dlm tin, sedih aku dgr.


Mcm pasar mlm kite, sini ada jugak org jual food. Tp jual makanan diaorg la kan. kalau jumpa satay kat situ, laksa ke, mau pengsan kak ton terkejut. Yg ni org tu jual ayam n kambing masak colombo. Colombo ni rs macam kari sket, tp sedap la lagi kari kite. Kat pasar sini jugak kitaorg jumpa org jual indian food, ada tikka masala, tandori, naan etc. Ingat nak la beli naan skali tanya dh habis, nnt la aku balik buat sendiri. Yg jual indian food tu indian ok, bukan african, tak tau la camne indian tu leh sampai sini tp ramai gak community indian dkt guadeloupe ni. maybe diaorg pindah dr mainland france kot. Kalau tgk kulit dkt sama kaler tp muke ada lain sket, masa tu la perasan yg diaorg ni indian. 

(yg sulam2 pakai daun kelapa tu)


Air tebu ni rege 1euro, sedap la sbb lama kak ton tak minum kat malaysia sbb takut pasal kencing tikus before ni. Air tebu diaorg manis gile sbb diaorg tak campur air atau letak ais. Laki aku tak suka air tebu ni, dia kata rs pelik, tp takpe nnt kak ton ajar, dulu air kelapa pun dia tak minum, skang ok je. Kerepek pisang tu 2euro = rm8, rs ok la tp tebal sgt dia potong. tak rangup cam kite, tp skali lagi tak leh complaint, kurang2 ada kan. Takde la aku meroyan karang balik malaysia. 

Org kat pasar malam cakap ada satu lagi pasar malam dkt petit-bourg tiap jumaat jugak. So next week kak ton check tgk camne, harap2 ada la benda menarik sket. Pasni kak ton post pasal pasar pagi plak ye. 

Tuesday, September 6, 2016

Selamat datang ke Kg. Lamentin

Tuesday 
06/09/16

Punye la boring xde mende nk buat, so harini kak ton sanggup keluar rumah, dgn panas teriknye, semata-mata nk cite and tunjuk kg Lamentin ni kat korang. Rumah kak ton for the next 4 months, in sha Allah (tp rs cam nk pindah area lain la). 

So kejap td kak ton gi carrefour carik ubat nyamuk ngan floor detergent, tak jauh pun, dlm 300m je gitu. Jalan kaki sbb takde kete and kak ton tak berani lagi nk drive kat sini, Dlm perjalanan gi carrefour tu ada la kena hon 2 3 kali, siap ada satu kete berenti tah ckp apa tah aku buat bodoh je. Dlm hati berdoa byk2 takut kena kidnap, hahahha. Aku rs org curious la tgk asian sesat kat tempat yg bukan touristy area. Org kat sini actually very friendly n nice, so kak ton bersangka baik je la yg diaorg ni nk tau je kot2 kak ton sesat jln ke apa. Yg kak ton plak tak reti ckp french kan, so xleh nk response. Ni la view sepanjang jln nk gi carrefour, kampung kan......

(rumah seberang jalan) 

(otw gi carrefour) 

(bunga teropong kan nama dia?) 

(Centre ville atau city center. Sini ada la bank, farmasi, kedai runcit, kedai kek, vet ngan carrefour. Mostly city center kg2 kat sini mesti ada kedai2 basic ni. Gambar diambil dr depan carrefour market)

Habis beli barang kak ton terus balik, bukan ada pusat karaoke ke, wayang maupun cafe kak ton nk lepak. Basically kat sini sama je cam kat Malaysia. Bayangkan korang gi area felda, camtu la kat sini. Supermarket byk, tp shopping mall xde. Yg ada pun kedai2 biasa yg jual french brand. Sephora xde tu yg kak ton frust sket. 

So ni gambar2 masa nk balik umah. Depan jalan masuk tu ada restaurant exotic(exotic la sgt, lambis je kot yg paling exotic kat situ), sini la kak ton makan yg tggu sejam baru smpai haritu. Sebelah kiri tu bus stop, kg kat Malaysia pun xde bus stop camni lagi kot hehehhehe. 

(Ni jalan nak masuk area umah kak ton) 

Restaurant exotic ni speciality dia Lambis, kak ton xtau la boleh mkn ke idak. Tp kitaorg ni xcukup exotic, tu yg kak ton makan udang, Nico makan tuna. kalau boleh makan siput ni, next time la kak ton try. 
(Lambis, nama melayu dia apa, sapa tau?)

Lepas je sket dr restaurant exotic ni, semua rumah org. perumahan yg bersepah tp bukan setinggan. 
Jiran lebih kurang makcik2 kat kg, dok bergossip sambil siram bunga. Org sini mostly org hitam sbb sejarahnye dulu diaorg ni african slave si french ni bawak mai sini. So jiran kak ton semua hitam, Nico je yg putih n kak ton cekelat. 

(bunga kertas) 

(bunga jenjarum) 


(Yg ni kak ton xtau pokok buah apa) 

(pokok pisang n ayam. Nk sengih2 la kat jiran, kot2 dpt pisang free) 


(xkira plak berapa banyak umah jiran) 

(Ha yg ni umah owner ngan umah kak ton, kayo depa ni)

Sblm dtg sini mmg dh prepare mental awal2 yg we goin to have a humble life, tp xtau la its actually this kampung. So redho je la, at least laki ku xkeje weekend kat sini, ofc hour pun 7-5 je, kol 6 dh sampai umah. Dulu dok kk, rumah besar, banyak benda boleh buat tp laki dok busy. Smpai sini, umah kecik, xde benda nk buat, laki banyak free time pulak. C'est la vie. 

Ni umah kak ton, attached next to umah owner but totally independent. Jiran sgt baik n sgt helpful, xde la rs uncomfortable ke apa walaupun berjiran. Internet laju, so kak ton dok umah hari2 tgk korea. Umah ni kecik, bape sqf ekkk, lupa. Studio house dgn satu bedroom n satu toilet. Lps ni kak ton nk suh laki carik umah kecik je, 2 bilik jd la. Kat kk dh merasa umah besar, jenuh nk mengemas. umah kecik bak kata mak aku, bersepah kat situ je, tak merata. 

(umah comel kaler kuning tu ler umah kitaorg)

(pilih rumah ni sbb dapur dia, senang nk masak)

(kecik je)

(tempat lepak kak ton hari2)

(bilik beradu)

(bilik ayaq)
So begitu lah ceritanye, nnt kak ton amik gambar kg lain plak next time. Tnjuk kekampungan nye disini. Tp uolls jgn risau, kak ton boleh survive n adapt. Lps 2 thn korang tanya la balik, apa perasaan kak ton ok hahahh. Anyway, by the time korang baca ni, sini baru nk malam selasa n korang dh pagi rabu, kita beza 12 jam. dah, aku nk gi masak,  Enjoy ur week peeps!!