Translate

Tuesday, September 13, 2016

Pasaq Malam Kg. Gosier

Friday 
09/09/16

Kat Guadeloupe ni ada 2 pasaq malam, satu kat kg. Santan (french pronountiation) aka St.Anne & satu lagi kat kg. Gosier. Kg Gosier ni tempat kak ton n abg ton berangan nk dok thn dpn. Haritu carik rumah yg senonoh area tu tak dak. kalau ada pun mahai. Tu yg jdnye dok kg. Lamentin ni. 

Pasaq malam sini tutup kol 10 mlm, kg. santan tutup awai, kol 8 tutup dh. Dah la jauh nak pi sana, dlm 40min macamtu, dh tu Nico balik tak tentu masa, kadang 6 kadang 6.30. so terkejar2, tak sempat nk kesana. Kg. Gosier ni xjauh sgt, less than 30min je camtu.

Pasar malam sini lebih kurang tp byk yg kurang la dr lebih kalau compare dgn pasar malam dkt malaysia. Diaorg jual sayur, food dgn seafood jugak. Tp boleh kira la brape gerai je ada, rsnye bukak utk tourist kot  sbb local mcm xjakun je nk pi.

(ha yg ni tourist la ni, french mainland)

Tapi yg kesiannye, french tourist kedekut. Diaorg ni kalau pegi travel haram tak beli apa. Kalau dh teringin sgt nk rs buah-buahan ke apa baru la dia ambik sebijik dua. Memula kak ton tak perasan, masa tu kitaorg kat mainland France gi jalan2. Aku ni nafsu shopping mcm syaiton kan, semua nk, pastu laki aku cakap ko try tgk matsalleh, diaorg pegi jalan je n masuk cuci mata, tak beli apa pun sbb mahal. Ke taktik laki aku xbg beli sbb dia pun kedekut? hahahah


(jual roti-rotian)

(jual beg mcm african design tu)

Anyway, buah kat sini semua sama je kot mcm kat Malaysia, ciku pun ade hokey...ingat nak ambik tp yg dia jual tu keras kejung lg. Gerai tak banyak, ada less than 30 gerai je kot, kuew teow, mee goreng, satay, ayam goreng uncle bob mmg tak de la...jap, telan liur. 


Spices diaorg fames jugak kat sini sbb african kan, diaorg makan pedas jugak. So kak ton beli jintan putih dgn jintan manis. Satu bekas kecik 3euro = rm12. Gile mahal, kalau tau aku beli kat carrefour. Sini boleh dpt gak fresh vanilla pod, dia jual 5euro kot paling sket. Tapi disebabkan brg nk buat kek semua dlm kontena kat kg Nico, tak yah la gedik nk bakar kek berbagai. 


Kat Guadeloupe ni famous dgn Rhum n fruit punch, of cos la alcoholic drinks and yg kat pasar camni homemade. Botol kecik tu dlm 5euro kot satu. Aku ni dh alang2 play tourist aku tanya la semua kan hahahah. 

(gerai sayur n buah)

(boucherie jual daging)

Yg tak bestnye, walaupun cuaca macam malaysia, kat sini payah nak jumpa leafty green. Sayur hijau yg jumpa pun bayam. Kacang panjang, buncis, kangkung, cauliflower, brocolli etc so far tak jumpa lagi. Kalau ada pun kat carrefour tu pun mcm hidup segan mati tak mau. Salad tu banyak ada sbb diaorg ni tak reti nk gunakan sumber alam macam kita kot. Tp apa pun kak ton tak nak complaint banyak sbb kalau dok kat mainland france, sayur dalam tin hokey. Fresh vege sgt mahal n kalau nk ada pun time summer. Time musim sejuk tu makan la dlm tin, sedih aku dgr.


Mcm pasar mlm kite, sini ada jugak org jual food. Tp jual makanan diaorg la kan. kalau jumpa satay kat situ, laksa ke, mau pengsan kak ton terkejut. Yg ni org tu jual ayam n kambing masak colombo. Colombo ni rs macam kari sket, tp sedap la lagi kari kite. Kat pasar sini jugak kitaorg jumpa org jual indian food, ada tikka masala, tandori, naan etc. Ingat nak la beli naan skali tanya dh habis, nnt la aku balik buat sendiri. Yg jual indian food tu indian ok, bukan african, tak tau la camne indian tu leh sampai sini tp ramai gak community indian dkt guadeloupe ni. maybe diaorg pindah dr mainland france kot. Kalau tgk kulit dkt sama kaler tp muke ada lain sket, masa tu la perasan yg diaorg ni indian. 

(yg sulam2 pakai daun kelapa tu)


Air tebu ni rege 1euro, sedap la sbb lama kak ton tak minum kat malaysia sbb takut pasal kencing tikus before ni. Air tebu diaorg manis gile sbb diaorg tak campur air atau letak ais. Laki aku tak suka air tebu ni, dia kata rs pelik, tp takpe nnt kak ton ajar, dulu air kelapa pun dia tak minum, skang ok je. Kerepek pisang tu 2euro = rm8, rs ok la tp tebal sgt dia potong. tak rangup cam kite, tp skali lagi tak leh complaint, kurang2 ada kan. Takde la aku meroyan karang balik malaysia. 

Org kat pasar malam cakap ada satu lagi pasar malam dkt petit-bourg tiap jumaat jugak. So next week kak ton check tgk camne, harap2 ada la benda menarik sket. Pasni kak ton post pasal pasar pagi plak ye. 

No comments:

Post a Comment