Tuesday
06/09/16
Punye la boring xde mende nk buat, so harini kak ton sanggup keluar rumah, dgn panas teriknye, semata-mata nk cite and tunjuk kg Lamentin ni kat korang. Rumah kak ton for the next 4 months, in sha Allah (tp rs cam nk pindah area lain la).
So kejap td kak ton gi carrefour carik ubat nyamuk ngan floor detergent, tak jauh pun, dlm 300m je gitu. Jalan kaki sbb takde kete and kak ton tak berani lagi nk drive kat sini, Dlm perjalanan gi carrefour tu ada la kena hon 2 3 kali, siap ada satu kete berenti tah ckp apa tah aku buat bodoh je. Dlm hati berdoa byk2 takut kena kidnap, hahahha. Aku rs org curious la tgk asian sesat kat tempat yg bukan touristy area. Org kat sini actually very friendly n nice, so kak ton bersangka baik je la yg diaorg ni nk tau je kot2 kak ton sesat jln ke apa. Yg kak ton plak tak reti ckp french kan, so xleh nk response. Ni la view sepanjang jln nk gi carrefour, kampung kan......
(rumah seberang jalan)
(otw gi carrefour)
(bunga teropong kan nama dia?)
(Centre ville atau city center. Sini ada la bank, farmasi, kedai runcit, kedai kek, vet ngan carrefour. Mostly city center kg2 kat sini mesti ada kedai2 basic ni. Gambar diambil dr depan carrefour market)
Habis beli barang kak ton terus balik, bukan ada pusat karaoke ke, wayang maupun cafe kak ton nk lepak. Basically kat sini sama je cam kat Malaysia. Bayangkan korang gi area felda, camtu la kat sini. Supermarket byk, tp shopping mall xde. Yg ada pun kedai2 biasa yg jual french brand. Sephora xde tu yg kak ton frust sket.
So ni gambar2 masa nk balik umah. Depan jalan masuk tu ada restaurant exotic(exotic la sgt, lambis je kot yg paling exotic kat situ), sini la kak ton makan yg tggu sejam baru smpai haritu. Sebelah kiri tu bus stop, kg kat Malaysia pun xde bus stop camni lagi kot hehehhehe.
(Ni jalan nak masuk area umah kak ton)
Restaurant exotic ni speciality dia Lambis, kak ton xtau la boleh mkn ke idak. Tp kitaorg ni xcukup exotic, tu yg kak ton makan udang, Nico makan tuna. kalau boleh makan siput ni, next time la kak ton try.
(Lambis, nama melayu dia apa, sapa tau?)
Lepas je sket dr restaurant exotic ni, semua rumah org. perumahan yg bersepah tp bukan setinggan.
Jiran lebih kurang makcik2 kat kg, dok bergossip sambil siram bunga. Org sini mostly org hitam sbb sejarahnye dulu diaorg ni african slave si french ni bawak mai sini. So jiran kak ton semua hitam, Nico je yg putih n kak ton cekelat.
(bunga kertas)
(bunga jenjarum)
(Yg ni kak ton xtau pokok buah apa)
(pokok pisang n ayam. Nk sengih2 la kat jiran, kot2 dpt pisang free)
(xkira plak berapa banyak umah jiran)
(Ha yg ni umah owner ngan umah kak ton, kayo depa ni)
Sblm dtg sini mmg dh prepare mental awal2 yg we goin to have a humble life, tp xtau la its actually this kampung. So redho je la, at least laki ku xkeje weekend kat sini, ofc hour pun 7-5 je, kol 6 dh sampai umah. Dulu dok kk, rumah besar, banyak benda boleh buat tp laki dok busy. Smpai sini, umah kecik, xde benda nk buat, laki banyak free time pulak. C'est la vie.
Ni umah kak ton, attached next to umah owner but totally independent. Jiran sgt baik n sgt helpful, xde la rs uncomfortable ke apa walaupun berjiran. Internet laju, so kak ton dok umah hari2 tgk korea. Umah ni kecik, bape sqf ekkk, lupa. Studio house dgn satu bedroom n satu toilet. Lps ni kak ton nk suh laki carik umah kecik je, 2 bilik jd la. Kat kk dh merasa umah besar, jenuh nk mengemas. umah kecik bak kata mak aku, bersepah kat situ je, tak merata.
(umah comel kaler kuning tu ler umah kitaorg)
(pilih rumah ni sbb dapur dia, senang nk masak)
(kecik je)
(tempat lepak kak ton hari2)
(bilik beradu)
(bilik ayaq)
So begitu lah ceritanye, nnt kak ton amik gambar kg lain plak next time. Tnjuk kekampungan nye disini. Tp uolls jgn risau, kak ton boleh survive n adapt. Lps 2 thn korang tanya la balik, apa perasaan kak ton ok hahahh. Anyway, by the time korang baca ni, sini baru nk malam selasa n korang dh pagi rabu, kita beza 12 jam. dah, aku nk gi masak, Enjoy ur week peeps!!
wee...ko jalan kaki je ek g carrefour....
ReplyDeleteHaah sbb dkt, tp skali dh jln mcm jauh pulak. berpeluh ketiak hahhahah
Delete